Tuesday, July 24, 2012

Agar-Agar Santan Gula Melaka (Palm Sugar and Coconut Milk Jelly)



Semalam masuk hari ke3 berpuasa, kesian pulak dekat anak-anak kalau Mummy tak buat kuih apa-apa.  Dah la jauh dari kampung halaman dan suasana berpuasa seperti di Malaysia.  To make sure they experience whatever little they can get, I made this agar-agar santan untuk juadah berbuka.  Besok kalau dorang dah besar, ada juga dia ingat dulu2 kalau bulan puasa Mummy buat agar-agar santan. 

Bahan-bahannya:-
750 ml air (2 1/2 cawan)
200 gm  gula melaka or dark brown sugar 
1 1/2 peket agar-agar powder (15 gm)
1 helai daun pandan
350 ml santan 
secubit garam

Cara-caranya:-
1.  Masukkan air, gula, daun pandan, 1 peket serbuk agar-agar (10 gm) kedalam periuk, kacau rata dan didihkan sehingga gula larut.  
2.  Keluarkan daun pandan dan tapis adunan kedalam acuan.  Tinggalkan 1/4 bahagian didalam periuk.
3.  Masukkan santan kedalam lebihan adunan tadi, 1/2 peket serbuk agar-agar (5 gm) dan secubit garam.
4.  Masak pada api sederhana sehingga semuanya sebati.
5.  Tuangkan adunan santan tadi ke atas adunan pertama didalam acuan.  Sejukkan dalam peti ais sebelum di potong.

Selamat mencuba ye.  

Monday, July 23, 2012

Ayam Masak Kicap Berempah

Salam Ramadhan Kareem.
Alhamdulillah, ramadhan kembali lagi dan semoga ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.  Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua dan semoga diberkati dibulan yang mulia ini.  Selepas bercuti 2 minggu di kampung dan balik semula ke HK sehari sebelum berpuasa, terasa keletihannya.  Almaklumlah umur pun dah masuk senja so tenaga pun dah tak macam dulu2....tau takpe!!

Juadah untuk hidangan berbuka hari pertama ringkas sekali.  Kalau teringin apa2 semua kena buat sendiri ya, takde Bazar Ramadhan menanti disini.  Apa pun, alhamdulillah, anak2 selamat berpuasa and we had a very quiet and meaningful iftar together as a family.  One of the dishes we had was Ayam Masak Kicap and here's the recipe.

Bahan2nya:-

1 ekor ayam (1kg) di potong ikut suka, bersihkan dah tos
2 biji kentang, kupas dan potong ikut suka
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam 
5 ulas buah pelaga
1inci kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
garam secukupnya
Minyak secukupnya
Bawang besar, cili hijau dan tomato buah untuk hiasan

Cara-caranya:-

1.  Goreng kentang sehingga masak dan ketepikan.
2.  Gaulkan ayam bersama kunyit serbuk dan garam.  Goreng separuh masak dan ketepikan.
3.  Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, biji ketumbar, jintan dan lada hitam.
4.  Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
5.  Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, digaul rata dan letakkan air sedikit.  Masak sehingga ayam empuk.
6.  Bila ayam sudah masak, masukkan kicap manis, kicap pekat dan gaul rata.  
7.  Masukkan kentang yang telah digoreng, hirisan cili hijau, hirisan bawang dan tomato.  Rasa garam, gaul rata dan tutup api.

Selamat mencuba.  


Beauty Tip of the Day