Sunday, June 14, 2009
Kari Ikan
Bahan-bahan
Ikan 500 gram (basuh bersih dan perap sekejap dalam air asam jawa + garam)
7 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1 biji tomato
1-2 biji terung
2 biji cili hijau
10 biji kacang bendi
1/2 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ikan babas
1/2 sudu teh serbuk cili
air asam jawa (secukup rasa)
garam
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Serbuk kari dan serbuk cili, campur tambah air dan bancuh jadikan pes.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, halba campur dan daun kari.
4. Bila dah naik bau, masukkan bawang putih dan halia.
5. Bila bawang dah kekuningan, masukkan pes rempah kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
6. Tambahkan sedikit air dan biar rempah masak betul.
7. Masukkan air asam jawa + garam dan air. Biarkan mendidih pada api sederhana.
8. Bila kuah sudah mendidih masukkan terung.
9. Bila terung dah separuk masak, masukkan ikan, cili hijau, buah tomato dan kacang bendi dan tutup periuk. Biarkan masak dalam 7 minit.
10. Rasa asam dan garam, tutup api.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment