Sunday, April 12, 2009

Kuih Sri Muka



pulut yang sudah masak dan ditekan rata


Bahan-bahan
Untuk Lapisan Pulut
Beras Pulut 1 1/2 cawan (270 gram)
Santan Cair 2 1/2 cawan (500 ml)
Daun Pandan 1 helai
Garam 1/4 sudu teh

Untuk Lapisan Atas
Santan pekat 2 1/2 cawan (450 ml)
Gula 3/4 cawan
secubit garam
Pandan Emulco 1 1/2 sudu teh
Tepung 3 sudu besar (27 gram)
Telur 3 biji

Cara-cara:-

1. Basuh dan rendam beras pulut selama 30 minit.
2. Tapis beras pulut dan masuk kan kedalam loyang.
3. Campurkan garam kedalam santan cair dan tuangkan kedalam loyang beras pulut.
4. Masukkan daun pandan dalam loyang.
5. Kukus pulut sehingga masak, keluarkan dari pengukus,
6. Kacau dan tekan beras pulut dan kukus lagi selama 10 minit.

Sementara menunggu pulut masak, siapkan adunan atas.
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend.
2. Using double boil method, kacau adunan sampai pekat sedikit.
3. Tuang adunan ke atas pulut yang sudah masak tadi dan kukus selama 40 minit pada api sederhana.
4. Tunggu sejuk betul-betul, baru potong.

Nota: Untuk orang kat malaysia tu tak payah la pakai pandan emulco sebab daun pandan bersepah kat pasar tu... blend daun pandan dan ambil jusnya. Lagi sedap pakai daun pandan dari pandan emulco ni. Kalau pakai pandan jus, cuma letak 2 cawan santan pekat dan 1/2 cawan jus pandan.

No comments:

Post a Comment