Saturday, May 23, 2009
Bingka Ubi
Bahan-bahan
3 cawan ubi parut (dari 1 kilo ubi)
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 cawan air
2 cawan santan pekat (400 ml)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Masak gula merah + gula putih bersama 1 cawan air. Bila gula hancur, tutup api dan biar sejuk.
2. Parut ubi. Masukkan 1 mangkuk air kedalam ubi parut dan biar seketika. Masukkan dalam muslin cloth dan perah air nya keluar dan simpan air ubi tadi.
3. Masukkan ubi parut kedalam mangkuk dan campurkan air gula, garam dan kacau rata.
4. Masukkan telur yang telah dipukul, santan pekat dan esen vanila. Kacau rata.
5. Buangkan air ubi tadi tapi ambil sagunya. Masukkan sagu ke dalam adunan dan kacau rata.
6. Lenserkan minyak dalam loyang dan tuang adunan kedalamnya. Bakar dalam oven selama 1 jam atau sampai masak pada api 380F.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eh kueh traditional melayu pun pakai vanilla ek???
ReplyDeletetanya jer..biasa lah..aku xpandai masak,kenalah tanya pakar.. :)
entah le...kan aku kata main bedal je....sebab bila dah letak telur aku rasa kalu tak letak vanila cam nantikan bau telur pulak....
ReplyDeletetapi kalu tak letak telur tak yah la letak vanila