Tuesday, May 19, 2009

Tuesday, May 19th

Hari ni pagi-pagi lagi dah keluar dengan PA kita, bawak dia pergi Ward Office (ni kira cam Majlis Daerah or Majlis Perbandaran la) to settle her tax papers. Jangan main-main kat sini Domestic Helper pun kena bayar tax tau. Selesai kat situ terus anta PA balik rumah dan kita pun terus ke sekolah. Hari ni ada Spring Luncheon (annual affair for the school) and princess performing too. This year the theme was Mexico....aduhduhduh....Swine Flu gitu kan....hahahahahaha so we had Mexican Food. Food was catered by Fuji Mamas Restaurant at Omotesando, another of my favorite place to go eat with family and friends but at the same time, I heard they are going to close down their premise there but would still keep their catering business. Ada 2 chef melayu kat situ, satu tu bujang lagi and satu lagi dah kawin ngan pompuan jepun. Kalu i pergi makan kat situ sure I gi cari either one of them and usually they will prepare something special for me.




Masa lunch tu tiba-tiba ada phone call from Madam, aduh emergency lagi...apa?? untuk 70 orang.....ada perjumpaan Perwakilan besok tengahari and they need some food. Sebab dah dapat berita tu terus dari sekolah pergi kedai beli barang-barang yang perlu untuk esok dan singgah Kedutaan untuk ambil perkakas2 yang kena guna. Kuang..kuang..kuang... keje melompat-lompat je lah 2-3 hari ni. Nasib baik lah ada PA yang cergas so taklah kelam kabut sangat. Menu untuk besok karipap, kuih sri muka, mee hoon goreng, kopi dan teh tarik. Kuih-kuih lain the other ladies will bring pot luck.

Oleh kerana, madam akan bersilat di dapur untuk persediaan esok, dinner malam ni sempoi je...roast beef, spageti bolognese and bean salad with feta cheese untuk budak-budak. Bapak budak mak nya kasi beef steak with french beans and vegetable soup.

No comments:

Post a Comment